Bagaimana Mau Elak Kena Scam Masa Booking Homestay?

Sekarang ni banyak kes orang kena scam masa booking homestay, duit sudah bayar, homestay tidak wujud, atau sampai-sampai ndk sama macam gambar!  Jangan sampai kau pun jadi mangsa! Nah, ini beberapa cara mau elak kena scam masa booking homestay. Baca sampai habis supaya duit mu selamat! 

Bagaimana Mau Elak Kena Scam Masa Booking Homestay?



Pastikan Booking Melalui Platform Terpercaya 

  • Gunakan platform terkenal macam StaySabah, Airbnb, Agoda, Booking.com, di sini, homestay biasanya sudah disemak dan ada review penyewa sebenar. 
  • Elak booking melalui iklan rawak di Facebook yang tidak jelas siapa pemilik sebenar. 
  • Kalau owner suruh buat pembayaran luar dari platform rasmi, hati-hati! Ini modus operandi scammer!

Tips: Kalau owner insist bayar direct ke akaun bank peribadi, cuba check nombor akaun dia di CCID (PDRM) untuk tengok kalau ada rekod scam!


Baca Review Penyewa Sebelum Ini

  • Kalau homestay itu betul-betul wujud dan servisnya okay, mesti ada review! 
  • Baca komen lama-lama, jangan hanya tengok berapa bintang, tengok apa penyewa lain cakap pasal kebersihan, kemudahan, dan layanan owner. 
  • Kalau tiada review langsung atau semua review nampak terlalu ‘sempurna’, hati-hati, boleh jadi fake!

Tips: Kalau ada review yang sama berulang kali dengan ayat pelik, besar kemungkinan itu akaun fake yang owner buat sendiri. 


Jangan Mudah Tergoda dengan Harga Terlalu Murah

  • Kalau homestay lain harga RM200 satu malam tapi ada satu homestay tawarkan RM50 saja untuk villa mewah ,itu red flag!  
  • Scammer suka guna harga murah untuk perangkap penyewa. 
  • Kalau nampak harga tidak masuk akal, lebih baik double-check dengan owner.

Tips: Bandingkan harga homestay di kawasan sama, kalau jauh sangat beza, mungkin ada sesuatu yang tidak kena!


Minta Bukti Homestay Wujud 

  • Kalau booking direct dengan owner, minta video call supaya boleh tengok keadaan homestay secara real-time. 
  • Minta gambar tambahan yang bukan dari iklan, kalau owner susah bagi, itu mencurigakan! 
  • Pastikan alamat homestay boleh dijumpai di Google Maps atau Waze.

Tips: Kalau owner bagi alasan “nanti sampai baru boleh tengok,” itu mungkin perangkap! Jangan teruskan booking.


Buat Pembayaran dengan Cara Selamat 

  • Gunakan platform yang ada sistem pembayaran selamat – contoh, Agoda dan Airbnb hanya lepaskan bayaran kepada owner selepas kau check-in. 
  • Elak buat transaksi direct tanpa resit, scammer suka guna alasan ‘confirm booking cepat’ untuk paksa orang transfer duit. 
  • Jangan hantar maklumat peribadi macam kad pengenalan atau nombor akaun bank tanpa sebab yang jelas.

Tips: Kalau buat bayaran melalui bank transfer, pastikan kau simpan bukti pembayaran sampai kau sudah check-out.


Kesimpulan 

Scammer homestay makin kreatif, jadi kau pun kena lebih bijak sebelum buat booking. Pastikan kau: 

  • Gunakan platform booking yang terpercaya  
  • Baca review dan semak gambar  
  • Jangan tergoda dengan harga murah  
  • Minta bukti homestay wujud 
  • Buat pembayaran dengan cara selamat 

Pernah kena scam masa booking homestay? Atau ada tips lain untuk elak scammer? Share cerita kau di komen! 

Post a Comment